PENGENALAN
Pertandingan The Grand Sumo Rumble Challenge 2026 merupakan sebuah acara robotik tempatan yang diperkenalkan untuk mencungkil bakat anak muda Malaysia. Para peserta dikehendaki membina robot sumo (500 gram) yang dikawal secara kawalan jauh (remote control) dan mampu bertarung secara beramai-ramai (Lapan buah robot sumo sekaligus) di atas gelanggang khas bernama Dohyo. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kutipan markah tertinggi dalam setiap pusingan pertandingan.
ANJURAN:
Myrobotz Malaysia
KELULUSAN:
Dalam proses permohonan
OBJEKTIF:
·
Menyediakan
platform kepada murid-murid untuk menyertai mana-mana aktiviti kokurikulum
khasnya aktiviti STEM yang bersesuaian selaras dengan Dasar Utama (2)
Penyertaan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum.
·
Menggalak
dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid khususnya
dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
·
Mewujudkan
satu konsep “Open Hardware Platform” di mana murid-murid boleh mengembangkan
kreativiti dengan penggunaan bahan-bahan dan peralatan secara terbuka tanpa
terikat kepada sesuatu jenama.
·
Memupuk
semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan murid-murid.
·
Meningkatkan
pencapaian akademik menerusi gabungan pembelajaran di dalam bilik darjah
bersama dengan aktiviti-aktiviti secara hands-on.
KATEGORI PERTANDINGAN:
|
Kategori |
Umur |
|
Sekolah Rendah |
7 – 12 tahun |
|
Sekolah Menengah |
13 – 17 tahun |
TARIKH-TARIKH PENTING:
|
Proses |
Tarikh |
|
Tarikh
Tutup Pendaftaran |
27 Februari
2026 |
|
Taklimat
Pertandingan |
14 Mac
2026 |
|
Pertandingan
Rasmi: -
Zon Melaka -
Zon N.Sembilan -
Zon Selangor -
Zon WPKL -
Zon Perak -
Zon Pahang -
Zon Terengganu -
Zon Johor |
11/4/26 25/4/26 9/5/26 13/6/26 27/6/26 11/7/26 25/7/26 8/8/26 |
YURAN PENDAFTARAN
|
Kategori |
Yuran |
|
Sekolah
Rendah |
Percuma |
|
Sekolah
Menengah |
Percuma |
SASARAN PENYERTAAN
|
Kategori |
Minima |
Maksima |
|
Sekolah Rendah |
32 pasukan |
64 pasukan |
|
Sekolah Menengah |
32 pasukan |
64 pasukan |
**Pertandingan mungkin akan ditunda atau
dibatalkan sekiranya jumlah penyertaan tidak mencapai kuota minima (tertakluk
kepada budibicara pihak penganjur).
HADIAH PEMENANG
Cadangan Peringkat Negeri:
|
Tempat |
Sek. Ren. |
Sek. Men. |
|
Johan |
Pingat |
Pingat |
|
Naib Johan |
||
|
Ketiga |
||
|
Keempat |
||
|
Kelima |
Cadangan Peringkat Kebangsaan:
|
Tempat |
Wang Tunai |
Sek. Ren. |
Sek. Men. |
|
Johan |
RM 300 |
Pingat |
Pingat |
|
Naib Johan |
RM 250 |
||
|
Ketiga |
RM 200 |
||
|
Keempat |
RM 150 |
||
|
Kelima |
RM 100 |
*Semua hadiah wang tunai akan diproses
dalam masa 90 hari selepas tarikh pertandingan.
*Semua sijil akan diproses selepas
mendapat surat pengiktirafan PAJSK secara rasmi daripada pihak JPN/KPM.
No comments:
Post a Comment